Khamis, 29 April 2010

Sehari dalam hidupku


Salam semua................

Hari ini bermula rutin hidupku sebagai seorang blogger.Tapi orang macam aku yang baru nak belajar jadi blogger pasti akan ada kesilapan yang akan berlaku.Almaklumlah manusia,pastu tak ada yang ajar,hentam kromok je....

Hari ni takde yang sepecial berlaku,kecuali kes aku dan suami malam tadi.Kami ada sedikit perselisihan faham.Kes nya kecil je,tapi aku dah terlampau banyak menyimpan perasaan,akhirnya benda yang kecil menjadi besar......

Hidup sebagai seorang suri rumah memang banyak dugaan berbanding orang yang bekerja.Bagi akulahkan..Rutin bermula seawal pukul 6.00 pagi.Buat sarapan.siapkan anak pergi sekolah,basuh baju,basuh pinggan,kemas,masak dan ambil anak balik sekolah.Belum berhenti setakat tu aje kena siapkan anak nak bersekolah petang pulak.Besoknya pun macam tu jugak dan lagi,dan lagi,dan lagi.................

Tapi kenapa masih ada suami dan orang sekeliling yang masih tak faham.Bagi mereka profession surirumah ni,tugas yang enteng,mudah ,kacang dan seumpama dengannya.Tapi bagi aku selain penuh dugaan,cabaran ia juga bermain dengan emosi..

Kekadang kita rasa seronok sangat apabila berpeluang melihat anak-anak membesar,dari tak tau apa-apa sampai boleh membaca.Memang tak di nafikan telatah anak-anaklah yang menjadi penawar duka...

Walaupun surirumah ni takde public holiday, tapi apabila suami memberi pujian atas apa yang telah kita lakukan sehari-hari,uhhhhhhhhhhhh berbunganya hati.bahagia hilang segala penat lelah.Tapi tu kalau dapat pujian,kalau sebaliknya......ADOOOIMAK!!!!!!!!!!!!!

Macam aku,suami kekadang puji lah jugak tapi dia ni jenis yang kedekut tanaga.Blik rumah langsung tak boleh buat ape-apa.Kitalah yang kelam-kabut nak jaga anak kecil,nak tengokan kerja sekolah, nak hantar anak pergi tuisyen.Nak siapkan makan minum lagi.Tu yang buat aku pening tu.Tu yang jadi konflik tu .Aku bukan apa nak lah kalau dia tolong mana yang patutkan.....

Jadi pada para suami semua tolong lah isteri anda mana yang patut.Jangan kedekut tenaga tu tau.Selain mengeratkan kasih sayang dapat jugak saham akhirat...........


Wassalam.jumpa lagi................